Mengejutkan! 4 Kumpulan Besar Ini Mungkin Akan Dibubarkan Tahun Depan.

Pada tahun 2009, kerajaan Korea telah mencipta undang-undang baru yang menyekat semua kontrak idola K-Pop sekiranya sudah mencapai maksimum 7 tahun. Ini bermakna setiap kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2014 perlu membuat perbincangan tentang pembaharuan kontrak dengan syarikat mereka. Sekiranya mereka memilih untuk tidak memperbaharui kontrak mereka, maka perjalanan sebagai bintang idola 4 kumpulan ini akan berakhir. Oleh itu, pernah tak anda berfikir bahawa mereka ini akan dibubarkan?

1. Red Velvet

Red Velvet memulakan kerjaya mereka pada bulan 0gos 2014, dan ini bermakna kumpulan mereka mungkin akan dibubarkan pada Ogos 2021.

Sesetengah peminat percaya bahawa anggota Red Velvet akan meninggalkan syarikat mereka apabila kontrak mereka berakhir, ini adalah kerana kurangnya promosi daripada kumpulan tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada satu perkara yang ReVeluvs bersetuju dimana kumpulan ini tidak akan mengambil ringan tentang pembubaran itu kerana diantara mereka ini mempunyai ikatan yang rapat.

2. GOT7

Keputusan kontrak GOT7 akan diumumkan  pada sekitar Januari 2021, sejak kumpulan ini memulakan kerjaya mereka pada Januari 2014.

Tetapi GOT7 ada bercakap secara terbuka mengenai  “jinx 7 tahun”, yang mendakwa bahawa kebanyakan kumpulan mungkin akan dibubarkan pada tahun ketujuh mereka atau lebih awal.

Dalam temu bual sebelum kemunculan semula “Spinning Top” tahun lepas, GOT7 mendedahkan bahawa mereka tidak bimbang tentang jinx itu. JB ada berkata semua ahli akan merasa sukar untuk mempromosikannya sendiri tanpa rakan sepasukan mereka.

“Semua tujuh ahli berkongsi pendapat yang sama. Kami merancang untuk terus menjadi tujuh ahli”, JB GOT7

3. MAMAMOO

MAMAMOO membuat debut rasmi mereka pada bulan Jun 2014, ini bermakna Jun 2021 boleh menjadi bulan terakhir mereka sebagai satu kumpulan.

Keempat-empat ahli MAMAMOO telahpun memulakan kerjaya solo mereka sendiri. Di antara mereka, ada yang telah melancarkan berpuluh-puluh lagu solo dimana mereka kolaborasi dengan artis lain.

Jadi, apakah itu bermakna mereka lebih cenderung untuk membubarkan atau tinggal bersama? Beberapa orang peminat K-Pop membuat spekulasi bahawa anggota kumpulan itu boleh meninggalkan RBW untuk memberi tumpuan kepada muzik solo mereka sendiri. Namun, sesetengah MooMoo percaya bahawa sejak anggota ahli kumpulan ini berjaya gerak sebagai solo semasa dalam kerjaya kumpulan lagi, mereka tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan kumpulan atau syarikat mereka pada masa akan datang.

4. Lovelyz

Debut rasmi kumpulan ini adalah pada November 2014, namun Lovelyz akan membuat rundingan semula kontrak dan akan membuat keputusan sama ada untuk kekal atau bubar pada November 2021.

Sejak debutnya, Lovelyz telah menunjukkan persembahan yang baik dalam carta secara konsisten sebagai satu kumpulan, dan kumpulannya itu juga telahpun melebarkan sayap ke seluruh Asia bagi menempa nama.

Ianya mustahil sekiranya ada diantara ahli kumpulan tersebut samaada satu atau dua orang meninggalkan kumpulan tidak akan menyebabkan pembubaran. Oleh itu, jika beberapa ahli memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka, sukar bagi Lovelyz untuk terus mempromosikan bersama.

 

Dah baca? Jangan lupa like dan komen yang baik-baik ya. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo

Author: Sis Korea