Peminat Rancang Untuk Membuat Bantahan Mengeluarkan Chen Daripada EXO. Tapi Ini Yang Terjadi

Baru- baru ini dunia KPOP telah digemparkan dengan berita bahawa EXO Chen akan berkahwin dengan tunangnya pada masa yang terdekat. Ramai EXO-L menyatakan perasaan gembira mereka terhadap keputusan Chen.

Walau bagaimanapun, terdepat segelintir peminat EXO yang tidak mempersetujui keputusan Chen dan telah membuat bantahan pada 19 Januari 2020. Mereka menyatakan hasrat mereka untuk mengeluarkan Chen dari EXO.

Pada asalnya, mereka merancang 200 orang untuk datang, TETAPI… malangnya hanya 20- 30 orang sahaja yang datang.

Mereka mengadakan bantahan di luar SM Coex Artium di Seoul dengan memakai topeng muka dan memakai semua pakaian hitam.

Peminat juga bertindak memijak poster Chen di atas lantai. Tindak laku mereka itu menunjukkan perasaan marah mereka terhadap Chen.

Bila ditanya oleh wartawan, kenapa mereka bertindak sebegitu, jawapan mereka ialah kerana mereka bersa ditipu dan dikianati setelah mereka menghabiskan masa dan tenaga mereka untuk Chen.

Lebih menyakitkan hati mereka apabila Chen mengumumkan perkahwinannya dan tentang kandungan tunangnya tanpa meminta maaf kepada EXO-L.

Namun, kebanyakan EXO- L menolak bantahan tersebut dan menyatakan bahawa Chen harus kekal di dalam group tersebut sebagai penyanyi utama.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Biar la dia kawin. Dah tu kehendak dia. Lagi pun dia pun manusia macam kita gak. Kehendak nak ada family bagai. Sapa suruh Chen keluar tu memang senget la..

Tak suka betul peminat yg mcm ni. Over sgt. Habis kau nak die kawen ngan kau ke baru nak terima kenyataan yg artis tu semua manusia biasa gak..minat berpada pada la.

Hal peribadi dia kan dia nak kawin ke apa, hampa peminat je bukannya bini dia pun. Kalau dia tak kawin pun tobat lahum aih dia nak kawin dengan hampa, kenai pun tak. Aduhhh tu la ada cermin tak mau nak tengok, kan dah tak sedar diri

EXO international okay je Chen kawin. EXO KOREAN je yang lebih2. Delulu betul

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa share dan komen yang baik- baik ya. Terima kasih

Sumber: Allkpop

Author: Sis Korea