Chen EXO Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Tunangnya Yang Kini Hamil

Anggota K-Pop terkenal EXO, Chen mendedahkan dia sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pendedahan mengejutkan itu dilakukan Chen menerusi media sosial rasmi kelab peminat EXO sebentar tadi.

Menurut Chen, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang bersama suri hatinya.


Chen meluahkan isi hatinya menerusi coretan seperti dibawah:

“Hello ini adalah Chen. Saya mengambil keputusan untuk menulis kerana saya mempunyai sesuatu yang ingin diperkatakan kepada anda semua.

“Saya tidak tahu untuk bermula dari mana dan sejujurnya saya berasa amat gementar untuk membuat pendedahan ini.

“Namun saya mahu menjadi orang pertama yang memberitahu berita ini kepada peminat yang banyak menunjukkan kasih sayang mereka dan juga memberikan sokongan kepada saya selama ini.

“Saya sudah mempunyai kekasih hati yang mana saya ingin menghabiskan seluruh hidup saya bersamanya.

“Pada mulanya saya amat bimbang tentang kesan yang bakal berlaku akibat daripada keputusan saya.

“Namun saya telah berbincang dengan label dan juga anggota kumpulan saya mengenai cara untuk mendedahkan perkara ini supaya anda semua tidak terkejut.

“Tetapi kemudian saya dihiasi dengan berita baik. Sekarang saya tidak dapat melakukan apa yang telah dirancang bersama label dan juga anggota kumpulan.

“Saya memberanikan diri walaupun tidak bersedia sepenuhnya dan tidak dapat menangguhkannya lagi.

“Saya benar-benar menghargai anggota kumpulan saya yang mengucapkan tahniah dengan hati ikhlas dan juga berterima kasih kepada sokongan anda semua.

“Saya akan sentiasa melakukan yang terbaik dan menghargai kasih sayang anda semua. Terima kasih selamanya,” coretnya.

Dalam pada itu agensi EXO, SM Entertainment juga telah mengesahkan berita mengenai kehamilan tunang Chen.

Namun disebabkan wanita itu bukan dikalangan selebriti, usia kehamilannya juga dirahsiakan bagi menghormati privasinya.

“Bakal isteri Chen sedang hamil. Namun disebabkan dia bukan selebriti, kami harap anda semua memahami… Agak sukar untuk kami mendedahkan usia kandungan atau pun tarikh jangkaan bersalin,” –  SM Entertainment

Chen debut dengan EXO pada tahun 2012, dan membuat debut solatnya pada April lalu dengan album April, dan Bunga dan lagu Goodbye.

Jangan lupa like dan komen yang baik baik sahaja. Terima kasih.

Sumber: Astro Gempak

Author: Hidayah Hanatt