Jung Kook BTS sedang diburu

Anggota polis Seoul kini sedang meminta pendakwa raya untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap vokalis utama boyband  K-pop terkemuka BTS, Jung-Kook ekoran kemalangan kereta yang berlaku pada Oktober lepas.

Ketika itu Jung-kook sedang memandu di sekitar bandar Seoul dan terlanggar teksi akibat gangguan yang dia alami, kata pengurusnya pada waktu kejadian.

Walaubagaimanapun, lapor Asiaone, penyanyi 22 tahun itu telah mengaku yang dia telah melanggar undang-undang jalan raya dan dikatakan Jung-kook dah settle tepi dengan mangsa.

Tapi selepas pihak berkuasa mengkaji bahawa berlaku satu “kecuaian yang agak serius sehingga menyebab kemalangan”, pihak polis mencadangkan agar kesalahan lain difailkan iaitu melanggar Akta Lalulintas Jalan Raya dan undang-undang yang berkaitan.

Pihak dari syarikat naungannya Big Hit Entertainment masih belum memberikan sebarang keterangan.

Jeon Jung-kook, merupakan salah satu daripada 7 anggota BTS yang telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia K-pop.

Pasaran mereka menerima respon positif bukan sahaja dalam Korea, malah ke seluruh negara. BTS merupakan artis kumpulan yang mempunyai 3 album yang mengungguli carta di US dalam masa kurang dari setahun selepas The Beatles dan rangkul 9 Anugerah di Mnet Asian Music Awards 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Lobak Merah

Author: Hidayah Hanatt