Army Kagum Jungkook Lompat 4 Anak Tangga, Tapi Respon Netizen Yang Sebaliknya

Apabila menyebut nama kumpulan penyanyi terkenal iaitu BTS, sudah pasti populariti mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Bahkan sejak membuat penampilan sulung pada tahun 2013, siapa menyangka penat lelah mereka akhirnya terbayar apabila berjaya mengumpul jutaan peminat dari seluruh pelosok dunia.

Daripada sebesar-besar perkara sehinggalah kepada benda-benda kecil yang dilakukan mereka, semuanya akan mendapat tumpuan penuh khususnya daripada peminat iaitu Army.

Jungkook turun tangga dengan melangkah 4 anak tanggaBaru-baru ini juga, telah berlangsungnya sebuah anugerah muzik dinamakan Melon Music Award (MMA) bertujuan menghargai karya penyanyi di negera Korea Selatan berkenaan.

Selain merangkul pelbagai anugerah, BTS juga turut membuat persembahan istimewa untuk menghiburkan semua penonton pada malam berprestij itu. Selain pelbagai gerak tari mantap, salah seorang ahlinya bernama Jeon Jungkook nampaknya mencuri perhatian peminat selepas persembahan tamat.

Lihat Video Dibawah:

Dia baru saja buat persembahan selama 30 minit

Perkara yang dimaksudkan adalah apabila dia menuruni tangga pentas dengan laju sehingga melangkah sekitar 4 anak tangga dengan selamba. Meskipun pergerakan tersebut kelihatan sangat simple, namun ia cukup mengagumkan para peminat mereka.

Menjengah kepada penjelasan seorang individu di ruangan posting tersebut, rasa teruja itu muncul memandangkan kumpulan popular itu baru sahaja tamat membuat persembahan selama 30 minit. Kalau orang lain, mungkin sudah penat kan? Namun lain pula bagi ahli termuda ini kerana dia masih kelihatan bertenaga.

Eleh kucing aku 6 tangga pun dia skip

Atok aku pun boleh

Nenek aku pun boleh buat

Di saat rata-rata peminat berkongsikan rasa teruja mereka, kelibat seorang pemuda yang menitipkan komen lucu telah menarik perhatian ramai. Kata pemuda berkenaan, benda tersebut terlalu mudah untuk dibuat. Tanpa diduga, komen itu turut mengundang minat orang lain untuk menitipkan komen mereka yang sungguh menghiburkan.

Jangan lupa like dan komen yang baik baik sahaja. Terima kasih.

Sumber : Twitter Fawwaz dan Ray via erin sakura

Author: Hidayah Hanatt