Cha In Ha Ditemui Meninggal Dunia, Ini Mesej Terakhir Di Instagram

Selepas kematian dua selebriti Kpop terkenal, Sulli dan Goo Hara, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan kematian ahli kumpulan Surprise U, Cha In Ha.

Memetik laporan AllKpop, pelakon drama Love With Flaws yang sedang ditayangkan di televisyen seluruh Korea Selatan itu ditemui mati pada Selasa.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang butiran lanjut mengenai lokasi atau masa kematian pelakon itu.

Malah, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan mengenai punca kematian bintang Kpop itu.

Dalam pada itu, Cha In Ha yang berusia 27 tahun itu sempat menyampaikan mesej terakhir menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.

Pesanan terakhir Cha In Ha sebelum ditemui meninggal dunia.

Berdasarkan posting berkenaan, Cha In Ha yang memakai jaket kulit berwarna hitam dilihat sedang menikmati minuman panas di sebuah kafe.

“Hati-hati jangan sampai dijangkiti selsema,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya berasa terkejut dan melahirkan rasa sedih terhadap kematian aktor itu malah ada yang mengharapkan berita kematian itu adalah palsu.

Sementara itu, agensi Fantiago Entertainment sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun menjelaskan masih menyiasat kesahihan berita berkenaan.

“Kami maklum mengenai berita itu namun sedang menyiasat kebenarannya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Mstar

Author: Hidayah Hanatt