Ini Ayat Win Kwang Soo Selepas Goo Hara Memberitahu Sesuatu Di Running Man

Belum reda lagi kesedihan gara-gara pemergian bintang K-Pop iaitu Sulli akibat kemurungan kira-kira 6 minggu lalu, kini salah seorang rakan baiknya iaitu Goo Hara pula dikhabarkan turut menerima takdir sama. Menurut laporan portal berita antarabangsa, selebriti berusia 28 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam kediamannya di kawasan Gangnam sekitar awal pagi Ahad. Walau bagaimanapun, siasatan mengenai insiden berkenaan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Saya sudah tidak mahu kahwin..

Dalam pada itu, pengguna akaun laman Twitter yang bernama @nurarff_ turut berkongsi salah satu penampilan penyanyi tersebut dalam siri rancangan Running Man. Dalam episod ke-388, Yoo Jae Suk ada membaca semula ayat yang pernah diungkapkan oleh Hara suatu masa dahulu bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada usia 36 tahun. Namun apabila ditanya semula mengenai hajat tersebut, Goo Hara sebaliknya sudah tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga dengan sesiapa pun.

Jahatnya ‘lelaki’ itu..

Menariknya, jawapan itu turut mengundang respon spontan daripada Lee Kwang‑soo yang berpendapat bahawa ada lelaki pernah menyakiti Goo Hara dalam dunia percintaan. Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai itu segera menafikannya sambil berkata bahawa ia cuma imaginasi semata-mata. Kim Jong‑kook dan Yoo Jae Suk kemudiannya menyambung perbualan topik tersebut dengan nada berseloroh sehingga mengundang tawa semua selebriti yang terlibat.

Kwang Soo macam tahu semuanya…itulah ayat yang tepat untuk ex mendiang

Klip video yang berdurasi 1 minit 10 saat itu nampaknya mendapat perhatian ramai netizen dan telah ditonton lebih 38 ribu kali setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Lee Kwang‑soo seakan-akan tepat dengan perilaku lampau bekas teman lelaki mendiang bintang K-Pop tersebut.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Erin Sakura

Author: Hidayah Hanatt