2019 CHA EUN-WOO Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] di Kuala Lumpur

Buat julung kalinya, Cha Eun-Woo bakal berkunjung ke Malaysia sempena 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR.

Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).

Cha Eun-Woo

Cha Eun Woo adalah seorang pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Kpop popular di Korea Selatan, ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment.

Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.

Cha Eun-Woo juga membintangi beberapa drama dan web drama popular antaranya ‘To Be Continued’, ‘Sweet Revenge’ and ‘Hit The Top’ by KBS 2TV.

Pada tahun 2018, Cha Eun-Woo membintangi watak utama dalam sebuah drama popular Korea Selatan yang bertajuk “My ID is Gangnam Beauty” dan mendapat sambutan luar biasa. Susulan cetusan fenomena itu, Cha Eun-Woo telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11.

Sejak itu, Cha Eun-Woo semakin dikenali dalam kalangan peminat Kpop sebagai seorang artis Korea yang serba boleh. Malah beliau juga kini membintangi sebuah drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang baharu ditayangkan baru-baru ini.

Dapatkan tiket anda segera!

Tarikh : 27 Oktober 2019 (Ahad)
Jam : 6 pm
Tempat : Dewan Wawasan, Menara PGRM, Kuala Lumpur


Tiket sudah mula dijual bermula dari 5 Ogos 2019. Korang boleh membuat pembelian di Laman web di bawah:

http://www.macpieticketing.com/indexcew.php

Harga tiket Pula adalah seperti dibawah.

Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).

* TERMS AND CONDITIONS APPLY
* PRICE IS INCLUDE RM 4 PROCESSING FEES

Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.

Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

Author: Hidayah Hanatt