Perlu Nyanyi Lagu Melayu, Ini Respon Han-Byul Peserta Big Stage 2 Dari Korea Selatan

Penyanyi dan peserta Big Stage 2, Jang Han-Byul mengakui harus mencabar dirinya untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu ketika mengadakan persembahan.

Menurut Han-Byul, dia sudah bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu dan memberi siangan kepada peserta Big Stage yang lain.

” Saya melihat semua peserta mempunyai kelebihan dan kekuatan mereka yang tersendiri daripada segi vokal dan persembahan.

” Saya juga bersedia untuk memberi saingan kepada para peserta lain dengan menyanyikan lagu-lagu Melayu ketika mengadakan persembahan.

” Buat masa sekarang, saya sedang cuba menyanyikan beberapa buah lagu yang perlu dihayati untuk menjiwai lagu tersebut.

” Ini merupakan cabaran paling besar buat saya kerana perlu menyanyi dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Gempak.

Han-Byul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Big Stage 2019 yang diadakan di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.

Senarai 12 orang peserta Big Stage musim kedua telah diumumkan semalam membabitkan bintang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan.

Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.

Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.

Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage.

Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.

Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: gempak

Author: Hidayah Hanatt