Empat Artis Lelaki Korea Yang Sangat ‘Gentleman’, Berjaya Menangi Hati Peminat Kerana Tindakan ‘Sweet’ Ini

Peminat sanggup melakukan apa sahaja demi menyokong idola dan pelakon kesayangan mereka, malah adakala sokongan itu tidak masuk akal. Pun begitu, terdapat beberapa golongan selebriti yang sanggup berkorban demi peminat di mana dalam sesetengan situasi mereka memberi bantuan atau menjadi penyelamat kepada peminat.

Berikut adalah beberapa selebriti lelaki yang berjiwa besar atau berhati murni kerana sanggup membantu peminat mereka!

Lee Seung Hyub, N.Flying

Baru-baru ini, Lee Seung Hyub dilihat telah membantu peminat beliau yang pada waktu itu berada dalam situasi genting.

Sewaktu sedang ‘live’ di Instagram, salah seorang peminat menulis komen, “Ada sekumpulan lelaki tua mab0k sedang mengekori saya. Apa yang perlu saya lakukan? “Tanpa rasa panik, Lee Seung Hyub lantas memberi idea dengan berkata, “Kuatkan bunyi ‘suara’ saya sekarang! Biar dia tahu yang kamu di telefon dengan saya”

Berlakon menjadi teman lelaki peminatnya itu, ketua kumpulan N.Flying itu menjerit, “Hei, dimana awak? Kenapa awak tak datang? Tahu tak sekarang sudah jam berapa?  Dah pukul 4! Cepat masuk ke dalam. Jika tidak saya akan keluar berjumpa dengan awak? Kemudian, datang ke hadapan kedai serbaneka. ”

Lee Seung Hyub terus berkata, ” Tunggu saya di sana,” demi memastikan peminatnya itu dalam keadaan selamat.

Changsub BTOB

Sewaktu rakaman “Cool Men BTOB” SBS MTV, “Changsub telah menunjukkan naluri penyelamat beliau dalam suatu situasi yang sebenarnya telah dirancang.

Semasa rakaman tersebut, terdapat satu ‘babak’ lain yang sengaja diada-adakan untuk melihat bagaimana respon Changsub apabila dia bertemu sekumpulan peminat (gadis) di jalanan.

Dalam ‘kejadian’ itu, seorang lelaki berpura-pura menjadi teman lelaki kepada salah seorang gadis tersebut telah datang dan mula menariknya sambil berkata, “Mari kita bercakap,” dan “Buat perangai macam umur kamu”. Gadis itu kemudian membantah dan memberi reaksi melawan.

Changsub yang tercengan melihat ‘kejadian’ yang berlaku depan mata beliau itu lantas campur tangan dengan berkata, “Dia cakap dia tidak suka. Sekiranya anda adalah teman lelakinya, mengapa menariknya secara kasar dan dia kata dia tidak menyukainya?

‘Teman lelaki’ gadis itu kemudian bertanya, “Kenapa kau masuk campur?” Changsub  dengan tenang menjawab, “Kau yang tiba-tiba datang menggangu apa yang kami sedang lakukan” sambil menarik tangan gadis itu kembali kepada kumpulan peminatnya.

Wonho, MONSTA X

Wonho dikatakan telah berjaya memenangi hati peminat beliau atas tindakan spontan tapi sangat menyentuh hati.

Pada ketika itu beberapa peminat sedang menunggu Wonho dari awal pagi di lokasi penggambaran untuk melihat MONSTA X di TVN’s “Show! Joki Audio.

” Bimbang melihat peminat yang terpaksa menunggu di luar set penggambaran dalam cuaca sejuk untuk jangka masa lama, Wonho tiba-tiba memberi payung yang dia gunakan kepada salah seorang peminat.

Dia dengan spontan berjalan semula seolah-olah tiada apa yang berlaku. Peminat yang menerima payung kemudiannya berkata, “Saya menerima payung itu. Saya akan menghargainya seperti pusaka keluarga, Wonho. ”

Park Hae Jin

Pelakon Park Hae Jin juga telah memberi bantuan kepada peminatnya yang ketika itu berada dalam keadaan kecemasan dan terluka.

Pada 2016, Park Hae Jin sedangan mengadakan sidang akhbar di salah sebuah pusat beli-belah di Singapura di mana peminat berpeluang berkumpul di pusat membeli-belah itu untuk melihat Park Hae Jin.

Semasa Park Hae Jin sedang menyapa peminat, suatu kejadian tidak dijangka berlaku di mana salah seorang peminatnya terjatuh. Park Hae Jin segera mendekati peminatnya yang terluka itu dan dengan ramah sekali beliau berbual dengan peminat bagi menenangkannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: soompi

Author: Hidayah Hanatt