Selepas ‘Song-Song Couple’ Berpindah Keluar Dari Rumah, Saksi Dedah Di Mana Mereka Kini Tinggal

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan tinggal berasingan sejak awal tahun ini selepas mereka berpindah keluar dari rumah ‘honeymoon’ mereka yang terletak di Yongsan-gu, Seoul.

Seorang jiran mendakwa mereka boleh “menghidu sesuatu telah berlaku terhadap pasangan itu” kerana kelibat Song Joong Ki jarang dilihat di sekitar rumah mereka.

Sejak itu, Song Hye Kyo dikatakan telah berpindah ke sebuah vila mewah di Kampung UN, yang terletak di Hannam-dong di Seoul. Kawasan tersebut merupakan kejiranan yang popular bagi beberapa orang terkaya di Korea.

Vila mewah Song Hye Kyo yang terletak di Kampung UN

Ramai yang mula tertanya-tanya ke mana pula Song Joong Ki telah berpindah? Seorang individu tampil mendakwa Song Joong Ki kini tinggal bersama ahli keluarga yang juga menetap di Seoul.

” Song Joong Ki telah berpindah keluar dari rumah mereka dan kini tinggal bersama ahli keluarga yang juga tinggal di Seoul” – sumber

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berpisah selepas 1 tahun dan 8 bulan berkahwin. Laporan turut percaya perceraian mereka akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

Reaksi Song Hye Kyo muncul di khalayak ramai kali pertama sejak perceraian curi tumpuan

Sementara itu dalam berita berasingan, Song Hye Kyo dilihat ketawa riang selepas mendengar sesuatu daripada orang ramai pada penampilan umum pertamanya sejak perceraiannya dengan Song Joong Ki.

Terdahulu pada 6 Julai, Song Hye Kyo muncul pada acara bagi mempromosikan jenama kosmetik di China. Peminat pada mulanya bimbang melihat dia memutuskan untuk mendedahkan dirinya kepada orang ramai dan berdepan dengan perhatian terhadap isu perceraiannya.

Walaupun begitu, Song Hye Kyo muncul di acara tersebut dengan senyuman yang jelas terpancar lantas menarik perhatian para peminat dari seluruh dunia yang terpesona melihat kecantikannya yang tidak berubah.

Dalam pada itu beberapa peminat dari Cina datang memegang sepanduk yang tertera, “Kami akan sentiasa menyokong anda,” bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Song Hye Kyo

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya semasa acara itu berlangsung di atas semua sokongan mereka berikan.

” Terima kasih tidak terhingga kerana datang ke sini hari ini dan menyokong saya. Saya akan terus melakukan yang terbaik sebagai tanda penghargaan.  Terima kasih” – Song Hye Kyo

Gambar Song Joong Ki tersenyum girang sehari sebelum perceraian tersebar

Dalam perkembangan lain pula, sebuah gambar telah tersebar menunjukkan Song Joong Ki bersama rakan gandingannya dalam filem terbaru The Victory, di mana ekspresi wajahnya menjadi bualan,  sehari sebelum berita cerainya yang mengejutkan ramai pihak.

Song Joong Ki boleh dilihat dengan wajah yang berseri sambil memberi tanda ‘V’, tersenyum bersama-sama dengan rakan gandingan filem ‘The Victory’ lain. Sing Tao Daily menyifatkan Song Joong Ki sebagai “seseorang yang langsung tidak berasa sedih seperti yang sepatutnya”.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: koreaboo.com

Author: Hidayah Hanatt