YoonA Girls Generation Dan Jo Jung Suk Saling Memuji Selepas Penggambaran Filem ‘E.X.I.T’

Dalam satu temu bual dan sesi bergambar bagi majalah High Cut baru-baru ini, YoonA Girls ‘Generation’s dan Jo Jung Suk begitu teruja berbicara tentang filem mereka yang akan datang iaitu “E.X.I.T”!

” EXIT” merupakan sebuah filem aksi baru yang mengisahkan tentang seorang lelaki penganggur bernama Yong Nam (Jo Jung Suk) dan Eui Joo, seorang rakan ahli kelab ‘rock climbing’ kolejnya (YoonA).

Filem tersebut memaparkan kisah di mana Yong Nam dan Eui Joo cuba melarikan diri dari bandar yang diracuni oleh gas toksik misteri.

Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk membintangi filem itu, Jo Jung Suk menjelaskan, “Saya fikir jika saya sendiri mahu membuat sebuah filem tentang bencana, ia pastinya akan menjadi seperti filem ini. Saya rasa saya mampu melakukannya dengan baik”

” Saya sangat risau bagaimana mahu menjadikan watak ini supaya mudah didekati dan mampu dihayati oleh penonton.

” Walaupun wataknya bukan tentang seorang ‘adiwira’ yang ada kuasa luar biasa, namun dia menggunakan sedikit kekuatan yang ada pada dirinya untuk menyelamatkan seberapa banyak manusia, dan saya tertarik dengan kepahlawanan kecilnya itu”

Jo Jung Suk juga sempat mengulas tentang pasangannya dalam filem tersebut, YoonA apabila beliau mendedahkan rakan gandingannya dalam “Hit-and-Run Squad” iaitu Gong Hyo Jin pernah memberitahunya bahawa dia bernasib baik dapat bekerja dengan YoonA.

” Apabila Gong Hyo Jin mendengar berita saya bakal bergandingan dengan YoonA, dia memberitahu saya, ‘Kamu benar-benar beruntung setiap kali mendapat pasangan gandingan wanita’ dan saya rasa saya faham mengapa dia berkata demikian,” kata Jo Jung Suk.

” Jika anda menonton filem itu, anda akan faham apa yang saya maksudkan. Bukan hanya dari segi lakonan, tetapi sebagai manusia, YoonA adalah orang yang hebat. ”

Jo Jung Suk juga memuji pelakon dan krew lain, berkata, “Semua pelakon yang terlibat sangat hebat.

” Sejujurnya, set penggambaran adalah tempat yang mencabar kepada kebanyakan pelakon lain, tetapi tidak bagi kami di set ‘E.X.I.T’. Saya fikir ia membantu persefahaman antara saya dengan YoonA menjadi lebih baik. ”

Dalam pada itu YoonA turut menyatakan keyakinan terhadap filem bakal ditayangkan ini, serta berkongsi gambaran tentang wataknya, Eui Joo.

Apabila ditanya alasan dia memilih “E.X.I.T” sebagai nashkah pertamanya bergelar pelakon, YoonA menjawab, “Eui Joo adalah watak yang mengagumkan dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Saya cuba membiarkan sifat itu terbit secara semulajadi ketika berlakon”

Menurut penyanyi yang kini bergelar pelakon itu lagi “Memandangkan ‘E.X.I.T’ adalah filem berkisahkan tentang bencana, saya fikir ia akan menjadi serius dan menakutkan, tetapi tidak. Ketika set penggambaran terdapat banyak peristiwa lucu yang berlaku dan saya sering ketawa!”

” Kami benar-benar bekerja keras bagi menjayakan filem ini, dan saya fikir saya boleh menunjukkan sisi baru dalam diri saya yang tidak pernah saya cuba sebelum ini. ”

YoonA juga memberi pujian melambung kepada Jo Jung Suk, sebagaimana pujian yang dia terima dari hero filem terbabit.

” Jo Jung Suk banyak membantu saya” katanya. “Dia mempunyai banyak idea tentang bagaimana untuk mengeluarkan emosi kita dalam lakonan. Kami sering berbincang bersama dan berjaya membina persefahaman mantap”

Yoona menambah, “Walaupun di luar set, dia adalah orang lelaki hebat dan rakan gandingan yang hebat. Ramai yang benar-benar cemburu apabila mereka dengar berita bahawa saya akan berlakon filem dengannya, dan saya fikir saya tahu mengapa semua orang begitu memuji dia. ”

“E.X.I.T” dijadualkan ditayangkan pada 31 Julai.! Saksikan ‘trailer’ di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: soompi

Author: Hidayah Hanatt