Pelakon Park Yoo-chun Dijatuhi Hukuman Penjara Kerana Ambil ‘Bahan’ Terlarang

Pelakon dan bekas anggota band boy JYJ, Park Yoo-chun dijatuhi hkuman pnjara 10 bulan selain di gantung selama 2 tahun oleh Mahkamah tempatan pada Selasa, kerana menggunakan dad4h terlarang.

Mahkamah Sesyen Suwon yang terletak di ibu kota Suwon, selatan Seoul, juga memerintahkan penghibur berusia 32 tahun itu membayar denda sebanyak 1.4 juta won (sekitar RM4981) dan diletakkan di bawah pemerhatian pihak berkuasa serta diarahkan menjalani rawatan.

” Sebarang jenayah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dad4h harus dihukum dengan tegas akibat dari kesan buruk terhadap individu dan masyarakat,” kata hakim presiden, Kim Doo-hong dalam keputusan tersebut.

Kim, bagaimanapun, berkata kenyataan Park sewaktu bela diri memberitahu beliau menyesali atas perbuatan tersebut dan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya, beliau memohon hukum4n penggantungan serta denda adalah memadai.

Dengan memakai baju penj4ra, Park dilihat menundukkan kepalanya sambil meninggalkan mahkamah sebaik dibacakan hukum4n itu, sementara peminatnya di Korea Selatan dan Jepun turut berkumpul, dengan beberapa dari mereka menangis sebaik mendengar hukum4n itu.

Park keluar dari pusat tahanan di Suwon kira-kira pukul 11.25 pagi. Dengan berlinangan air mata, Park yang dikerumuni wartawan berkata “Saya akan melakukan khidmat sosial dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang baik,” sambil memohon maaf kepada peminatnya.

Park didakwa pada 17 Mei lalu atas tuduhan membeli 1.5 gram methamphetam1ne dan mengambil bahan terlarang tersebut bersama Hwang Ha-na, cucu pengasas Namyang Dairy Products Co., enam kali antara Februari dan Mac tahun ini.

Semasa pendengaran mahkamah bulan lalu, pendakwa memohon hukum4n penj4ra 18 bulan untuk Park dan meminta denda sebanyak 1.4 juta won (RM4981) terhadap artis itu.

Manakala peguam yang mewakili Park pula berkata, dia mengaku telah mula menggunakan dad4h itu kerana mahu melepaskan tekanan berikutan pembatalan pertunangan dan perkahwinannya dengan Hwang.

Pada 2017, Park mengumumkan rancangannya untuk berkahwin dengan Hwang selepas berpacaran sejak 2016, tetapi kemudiannya terpaksa membatalkan perkahwinan itu dan berpisah sekitar 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: koreaherald

Author: Hidayah Hanatt