Tak Kurang Cantiknya, Ini Senarai 6 Artis Wanita Malaysia Yang Wajah Seiras Artis Korea

Pasti ramai dikalangan kita rakyat Malaysia yang mengidam-idamkan mempunyai kulit wajah seperti pelakon-pelaon dari Korea yang licin dan mulus. Jangan asyik melihat mereka sahaja sebabnya di negara pun apa kurangnya artis yang secantik mereka ini!

Namun ramai yang tidak perasan sebenarnya artis tanahair juga memiliki kecantikan dan kulit wajat yang ‘flawless’. Malah ada wajah artis wanita yang seiras dengan artis Korea. Apa kata jom lihat beberapa artis dari Malaysia yang mempunyai iras wajah yang serupa dengan artis-artis di Korea.

1. Choi Ji Woo & Erra Fazira

Tidak dinafikan wajah kedua artis ini mempunyai persamaan. Mungkin dari bentuk muka mereka sama. Masing-masing merupakan pelakon drama, filem dan juga menjadi duta pelbagai produk.

Choi Ji Woo terkenal di Asia dengan drama Winter Sonata manakala Erra kekal di ingatan peminat sehingga kini dengan filem Sembilu dan banyak lagi. Cuma bezanya Erra sekarang memilih untuk bertudung.

2.  Song Ji Hyo & Nora Danish 

Sebelum ini ramai yang memuji wajah keanakan Nora Danish sehingga ramai yang tidak percaya umurnya sekarang 37 tahun.

Nora Danish seringkali dikatakan ‘Song Ji Hyo Malaysia’ kerana wajahnya yang kelihatan serupa dengan bintang Running Man tersebut.

Kedua-duanya sama comel dan mempunyai raut wajah yang lebih kurang sama. Namun itu semua yang digembar-gemburkan oleh orang Malaysia, apa pula pandangan orang Korea apabila melihat gambar Nora Danish? Anda pula rasa bagaimana?

3. Song Hye Kyeo & Siti Nurhaliza

Bila keduanya tersenyum, memang betul-betul sama wajah mereka. Walaupun Siti Nurhaliza bertudung, iras wajahnya dengan Song Hye Kyeo tetap mempunyai persamaan. Song Hye Kyeo hebat dalam bidang lakonan manakala Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian dipukul rata.

Jika anda rajin boleh cuba cari gambar lama Siti Nurhaliza sewaktu usia belasan tahun ketika masih belum memakai tudung. Memang seiras.

4. Kim So Hyun & Liyana Jasmay

Jika diperhatikan wajah mereka nampak comel kan? Sekali pandang keduanya umpama masih bersekolah lagi. Rambut yang panjang dan susuk tubuh yang genit mungkin sahaja antara perkara yang membuatkan mereka berdua ini mempunyai iras yang sama.

Meskipun keduanya nampak masih muda, mereka tetap matang dalam lakonan yang mereka tampilkan tak kira dalam drama mahupun filem.

5. Go Ara & Leez AF

Sama cantik dan sama manisnya. Struktur muka dan wajah yang serupa mungkin ramai yang tersilap meneka antara mereka berdua ini. Lagi satu persamaan mereka adalah kedua-duanya memiliki tahi lalat di pipi, menyerlahkan lagi persamaan antara mereka.

Kedua-duanya juga pelakon berbakat yang pandai membuat pelbagai mimik muka comel dengan bersahaja. Bila menangis, kita pun tumpang sedih. Kan?? Drama terbaru Go Ara adalah Hwarang. Leez AF kini manis bertudung.

6. Kim Go-Eun & Janna Nick

Akhir sekali adalah Kim Go-Eun dan Janna Nick. Rasanya dalam semua senarai di atas, pasangan ini mempunyai persamaan paling ketara. Persamaan yang ketara antara kedua artis ini ialah senyuman dan style rambut yang agak sama.

Keduanya adalah pelaon yang masih lagi baru dalam industri dan sedang menempa nama. Gaya-gaya ala-ala kelelakian berambut pendek yang hip tentu sahaja menarik minat ramai jejaka diluar sana sehingga gila bayang bila melihat keduanya keluar dalam siri-siri drama ataupun filem.

Tentu anda rasa ada lagi artis-artis negara kita yang muka iras-iras dengan artis dari Korea. Jadi jom senaraikan di ruangan komen!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: bm.cari.com

Author: Hidayah Hanatt