Jung Joon Young Bakal Dijatuhkan Hukuman Penjara

Penyanyi dan penulis lagu, Jung Joon Young bakal dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 7.5 tahun.

Menurut seorang peguam, Oh Soo Jin yang telah membuat penelitian terhadap skandal seks ini di MBC “Section TV”, Joon Young bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun dan maksima 7.5 tahun.

Manakala, bagi pengibatan dia dalam penyebaran video seks secara haram, hukuman yang bakal dikenakan adalah denda sebanyak 30 million won (lebih kurang RM 108,000.00!!!). Penyebaran video seks adalah suatu jenayah di Korea Selatan maka hukuman yang dikenakan kepada pesalah begitu berat menunjukkan jenayah ini bukan suatu yang dipandang remeh oleh undang-undang.

Berikutan kes ini, Joon Young telah disiasat oleh anggota polis atas tuduhan menyebarkan klip video seks secara haram di group chat sejak akhir 2015 yang juga melibatkan rakan selebriti Choi Jong Hoon, bekas anggota FT Island.

Tertuduh yang ditahan reman pada 12 Mac telah disiasat semalaman pada 14 Mac dan 17 Mac. Pada 18 Mac, Agensi Polis Metropolitan Seoul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jung Joon Young. Sehingga kini, peminat masih menantikan keputusan akhir mahkamah atas hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Jung Joon Young.

Author: Mat Botak