TXT Bakal Debut Pada 4 Mac Ini.

Setelah hampir sebulan ahli kumpulan ‘Tomorrow X Together’ ini diperkenalkan pada umum. BigHit akhirnya mengeluarkan kenyataan yang mereka bakal debut Pada 4 Mac Ini. Pasti ramai yang sudah tidak sabar bukan.

Mereka akan melancarkan album pertama mereka berjudul The Dream Chapter: STAR. Sebagai kickstart, mereka akan mula diperkenalkan pada show mereka sendiri di televisyen iaitu “TOMORROW X TOGETHER Debut Celebration Show presented by Mnet.”. Keesokan hari pula, mereka akan meneruskan program debut mereka dengan membuat showcase bertemu Peminat mereka do Korea.

Seperti mana yang kita tahu, setiap agensi syarikat rakaman di Korea sangat besaing hebat untuk mendapatkan show dari pihak tv untuk kumpulan baru yang bakal debut dari syarikat mereka. Kekuatan BigHit terbukti apabila TXT berjaya mendapatkan rancangan televisyen mereka sendiri seperti senior mereka, yang BTS sebelum ini mempunyai comeback show mereka sendiri sewaktu lagu ‘DNA’ . BTS juga menaikkan level comeback stage mereka apabila mempersembahkan lagu ‘Fake Love’ diillboard Music Award tahun lalu.

Kelima-lima ahli TXT Soobin, Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan Huening Kai dikatakan mempunyai kelebihan masing-masing, dimana mereka akan melengkapkan antara satu sama lain bagi menjadi kumpulan ini bersinar dan berjaya dalam karier mereka. Video pengenalan ahli kumpulan ini juga telah mendapatkan hampir 61 juta tonton di YouTube. Jom kita tengok video pengenalan mereka di bawah.

Okay kita tunggu 4 Mac Ini untuk tengok adakah kumpulan ini akan mampu mencuri hati Peminat seperti senior mereka.

Author: Kakak Kpop