Koleksi 3 Minutes Boyfriend Wanna One Oleh DaebaKing

Credit Photo : Soompi

Walaupun ahli kumpulan Wanna One telah menamatkan kotrak mereka pada 31 Disember 2018 yang lalu, tetapi ramai peminat mereka yang masih menunjukkan sokongan kepada ahli-ahli Wanna One yang kini membawa hala tuju masing-masing.

Wanna One yang memulakan debut pada bulan Ogos 2017 ditubuhkan hasil dari rancangan realiti terkenal di Korea, Produce 101. Seramai 101 orang “trainess” dari pelbagai agensi dikumpulkan dan 11 peserta terbaik telah dipilih untuk membentuk kumpulan Wanna One.

Wanna One dianggotai oleh 11 orang ahli iaitu Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyu, Bae Jin Young dan Ha Sung Woon. Sepanjang aktiviti mereka sebagai kumpulan Wanna One, mereka telah menyertai pelbagai rancagan television di Korea seperti Running Man, SNL Korea dan banyak lagi. DaebaKing juga berkesempatan untuk membuat sarikata untuk episode “Wanna One 3 Minute Boyfriend” yang mendapat banyak sambutan oleh peminat di Malaysia. Jom kita saksikan.

1. Boyfriend Penyimpan

2. Boyfriend Buku Komik

3. Boyfriend Wanna One

4. Boyfriend Pemberi Senyuman

5. Boyfriend Pembuka Hati

6. Boyfriend Innocent

7. Boyfriend Wanna One 2

8. Boyfriend Wanna One 3

Dalam banyak-banyak episode 3 Minutes Boyfriend Wanna One ni, part mana yang korang paling suka?

Author: DaebaKing