Bukti EXO Kai Bakal Menjadi Seorang Ayah Mithali!

EXO Kai dikenali bukan sahaja dengan bakat nyanyian serta persembahan tarian yang memukau malah beliau juga dikenali kerana layanan mesra beliau bila bersama anak kecil.

Sesiapa yang menonton The Return of Superman pasti anda tahu beliau sangat digemari oleh Gunhoo dan Naeun. Well, siapa je yang tak suka kalau dijaga oleh Pak Cik yang tampan bukan?

Jika anda mengikuti Kai di Instagram ( @zkdlin ) yang mempunyai lebih 5 Juta pengikut, dapat dilihat posting beliau sering dikaitkan dengan dua anak saudaranya. Bahkan beliau juga memiliki sepasang baju yang sedondon dengan anak saudara lelakinya itu.

Ramai peminat yang geli hati melihat posting Kai baru-baru ini dimana Kai memuat naik gambar beliau menghabiskan masa luang bersama anak saudaranya yang dikenali sebagai Raeon.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah klip video pendek di mana telatah Kai melayan kerenah anak kecil itu yang menyatakan dengan nada comel dia membenci pak ciknya. Kai pun menyambung dengan pertanyaan “Kenapa?”. Haih, rajin betul melayan kerenah budak kecil!

Kai memuat naik posting tersebut bersama caption “Tapi saya menyukai Raeonie” jelas sekali sifat keayahan beliau walaupun “dibenci” Raeon. Jadi kalau anda nak cari calon suami, carilah yang mempunyai sifat sebegini ya. Bakal ayah mithali gitu~

Author: Mat Botak

1 thought on “Bukti EXO Kai Bakal Menjadi Seorang Ayah Mithali!

Comments are closed.