Wanna One 1st Fan Meeting in KL Post Concert Review

Pada 19 Januari lalu, admin telah dijemput untuk menghadiri ‘WANNAONE 1ST FANMEETING’ bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Seperti yang diketahui peminat muzik Kpop, group yang memenangi pertandingan “Produce 101” ini sememangnya telah mempunyai peminat yang sangat ramai malah admin sendiri dapat lihat bukan sahaja peminat dari Malaysia yang hadir, ada juga dari Thailand, China, Singapura, Jepun, Filipina, Korea sendiri dan banyak lagi.

Tidak dapat dinafikan pengaruh kumpulan ini kepada peminat antarabangsa sangat tinggi. Fan-Meeting dimulakan tepat pada jam 8.00 malam melalui lagu permulaan mereka iaitu ‘Energetic’ dan diikuti dengan lagu kegemaran admin “Beautiful’.

 

Sewaktu sesi pengenalan, baru sahaja beberapa ahli memperkenalkan diri, beberapa kekecohan berlaku. Dari tempat duduk admin, dapat dilihat beberapa orang jatuh pengsan akibat ditolak dan kedudukan yang sangat rapat.

Pada waktu ini, ahli Wanna One iaitu Daehwi mula memberikan pesanan kepada penonton di Rock Zone supaya bertenang, namun keadaan menjadi semakin huru-hara.

Akhirnya, demi keselamatan penonton, kesemua ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk masuk ke belakang pentas sehingga kesemua peminat mereka bertenang.

Pada waktu ini kelihatan penonton yang berada di bahagian hadapan tidak mahu beralah untuk berganjak ke belakang. Sekuriti juga terpaksa mengambil keputusan drastik untuk membuatkan keadaan menjadi tenang.

Dalam pada itu, pihak St.John juga bertungkus-lumus memberi bantuan kepada mereka yang pengsan dan tercedera manakala pihak penganjur turut memberikan air kepada penonton.

Setelah hampir 40 minit pihak PDRM dan Rela terpaksa masuk campur dan menjernihkan keadaan. Ada penonton di beri tempat duduk dan sebahagian besar yang masih di Rock Zone di arahkan untuk duduk sehingga keadaaan betul-betul terkawal.

Keadaan mula tenang selepas 1 jam dan ahli WannaOne kembali ke pentas. Selepas sesi temuramah, kumpulan ini sekali lagi menghiburkan peminat mereka dengan lagu “ Wanna Be”.

Video sebalik tabir muzik video “Beautiful” pula di tayangkan selepas lagu itu, di mana ia memaparkan jalan cerita dan keistimewaan MV tersebut menyebabkan sorakan gamat dari penonton.

Persembahan diterusnya apabila lagu “Pick Me” berkumandang, lagu yang berentak catchy ini membuatkan penonton lupa sedikit dengan ketegangan yang berlaku sebelum itu.

Selepas itu, terdapat sesi “WannaOne Battle Games”, mereka bertanding untuk beberapa jenis permainan seperti lompat tali dan beberapa permainan lain.

Semasa penutup, mereka menyanyikan lagu “Always”, “Never” dan ‘Burn It Up”. Apa yang admin Dapat di simpulkan yang Fan-Meeting kali ini agak tergesa-gesa setelah ditunda selama lebih kurang 1 jam.

Bagaimanapun, admin masih berpuas hati dengan persembahan dari WannaOne. Sempat juga admin berbual dengan mereka yang berada di Rock Zone, kebanyakan mereka mengatakan yang kekecohan berlaku bukanlah dari Wannables Malaysia tetapi peminat luar negara.

Berdasarkan pengalaman admin menghadiri konsert-konsert sebelum ini, peminat Malaysia bukanlah jenis yang susah untuk mendengar kata. Pada admin, mungkin juga tempat memainkan peranan penting.

Sekiranya ada program mengaitkan artis popular selepas ini, mungkin tempat yang lebih sesuai perlu dipilih bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi. Terima Kasih juga di ucapkan kepada IME Asia dan Warner Music Malaysia (KPOP/中文) Malaysia di atas jemputan bermula dari sidang media dan Fan-Meeting ini.

Kepada korang yang nak tengok banyak lagi gambar time concert tu, bolehlah usha gambar-gambar kat bawah..

 

Author: DaebaKing