K-Wave 3 Music Festival Post Concert Review

Pada 18 Ogos baru ini, K Wave 3 Music Festival telah berlansung di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert ini telah menampilkan Monsta X, Jeong Sewoon, Boyfriend, WSJN, AOA, Exid, Dan Ft Island untuk bertemu peminat mereka di Malaysia.

Okay…Min Tak nak tulis banyak2???? Ini dia antara perkara menarik yang berlaku semasa KWave Music Festival 3

1. Introduction yang Gempak!

Kesemua idol dan group yang hadir bercakap bahasa Melayu kepada peminat. Antara ayat yang diutarakan mereka adalah Apa Khabar, Saya Suka Awak, Saya Rindu Awak. Sememangnya dorang ni pandai ambik hati penonton apa lagi yang memang peminat tegar kumpulan-kumpulan yang datang pada hari itu.

 

2. Persembahan Bertenaga dari WJSN!

Persembahan pembukaan oleh WJSN kelihatan cukup bertenaga dan comel sekali! Mereka menyanyikan 4 buah lagu diikuti oleh Jeong Sewoon.

 

3. Penangan Kuasa AOA!

Keadaan mula bertukar gamat saat grup AOA muncul diatas pentas menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Bingle Bangle, Excuse Me, Bing Bing, Like A Cat, Miniskirt dan Heart Attack. Walau bagaimanapun, Mina tidak dapat hadir kerana tidak sihat namun kelima-lima ahli AOA memberikan persembahan yang sungguh seksi sekali!!

 

4. EXID Menggoda Dengan Up & Down!

Kemunculan EXID kemudiannya turut sama menhangatkan suasana yang sudah tersedia panas. Kedengaran juga peminat memanggil Hani dengan panggilan ‘Hani Oppa’! Semasa lagu Up & Down, L.E meminta peminat menyanyikan part ‘Wi Are’. Satu stadium bergema dengan nyanyian lagu tersebut.

 

5. Monsta X Mengganas!

Seterusnya, persembahan oleh grup Monsta X. Serius, awesome kot persembahan diorang dengan lagu-lagu seperti Dramarama, From Zero, White Love, Be Quiet Special dan Jealous.

 

6. FT Island Yang Masih Berbisa!

Kemuncak konsert menyaksikan grup paling senior iaitu FT. Island muncul di pentas menyanyikan lagu terkini mereka seperti Pray, Out Of Love, Summer Night Dream, champagne, The Night dan Take Me Now. Sebelum FT Island buat persembahan, MC muncul untuk mengumumkan 13 cabutan bertuah, kenapa lah Min tak lucky ek? Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dengan persembahan FT.Island yand dirasakan cukup singkat, vokalis utama grup itu, Lee Hongki berjanji akan kembali ke Malaysia untuk konsert solo mereka!! Who’s excited??

Overall, memang konsert Ni memuaskan hati peminat- peminat K-pop di Malaysia. Terima kasih kepada MacpiePro kerana menjemput Team Daebaking untuk Cover Konsert Ni. Harap dapat bekerjasama lagi untuk event akan datang. Ape Komen korang yang pergi Konsert ni?? Ok Tak?

 

Author: DaebaKing