iKon Continue Tour in Malaysia Post Concert Review

iKon Continue Tour In Malaysia yang berlangsung pada 13 Oktober baru-baru ini telah menarik perhatian seramai lebih kurang 7,000 peminat dari seluruh asia. Admin DaebaKing mendapat jemputan Media dan sempat menemuramah beberapa peminat iKon dari Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura dan dari Korea sendiri. Mereka menyatakan yang mereka sanggup datang ke Malaysia untuk bertemu iKon. Nampaknya, pengaruh 7 anak muda iaitu B.I, Bobby, Jinhwan, June, Yunhyeong, Donghyuk dan Chanwoo sangat besar kepada peminat Kpop.

Konsert bermula seawal jam 6 petang dan Stadium Malawati Shah Alam bergema dengan sorakan dari iKonic. Kumpulan yang telah datang ke Malaysia kali ke 3 ini melakukan persembahan dengan koreografi menarik dan vokal yang sangat bertenaga. “BLING BLING”, “Perfect”, “Best Friend”, “My Type”, “Anthem “Love Scenario”, “Killing Me”, dan “Freedom” merupakan antara lagu hit mereka yang dinyanyikan pada konsert tersebut.

Pada malam itu juga, mereka bercakap tanpa jurubahasa kerana seperti yang diketahui ramai, artis YG sememangnya agak bagus dalam bahasa English. Bobby yang sangat fasih berbahasa English juga menyatakan yang pemandangan waktu malam di Malaysia sangat menarik dan ingin menikmati waktu ini di seluruh Malaysia jika mempunyai masa satu hari nanti. Ahli lain turut menyatakan mereka ingin datang ke Malaysia sekali lagi setelah melihat sambutan peminat dari Malaysia.

Peminat juga terhibur dengan telatah ahli kumpulan ini. B.I memakai kostum kuning semasa lagu Bestfriend dan mengambil gambar berbaring di atas pentas.B.I kelihatan berpuas hati dengan ‘pose’ yang dilakukannya. Bobby dan B.I turut membuat ‘singing battle’ bersama peminat kat atas pentas, Bobby menyanyikan lagu ‘My Type’ dan B.I menyanyikan lagu ‘Love Scenario’. pastinya lagu Love Scenario yang menang kerana lagu ini sememangnya menjadi siulan semua peringkat umur. June yang kelihatan malu-malu dan tidak banyak bercakap sepanjang konsert pula mencairkan hati semua peminat dengan jeritan ‘I love You Ikonic’ tanpa mikrofon. Suara June yang serak-serak basah itu memikat hati ramai peminat malam itu.????

Ikon menjadikan Malaysia sebagai konsert pertama mereka menyanyikan lagu comeback terbaru mereka iaitu ‘Goodbye Road’ dan ternyata vokal mereka sangat matap apabila menyanyikan lagu ini secara ‘live’. Di ikuti dengan lagu Love Scenario. Lagu terakhir mereka ‘Kiliing Me’ di selangi dengan ‘FanChant’ yang begitu kuat sekali.

Sewaktu encore, lagu Freedom dinyanyikan dan terdapat kejutan untuk peminat dimana disediakan 2 encore pada malam itu. Sewaktu final moment, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir dan mereka terharu dengan sambutan dari peminat di Malaysia. Sewaktu encore juga, semua penonton membuka flashlight tanda sokongan kepada iKon.DK turut memuji lautan flashlight tersebut dalam nada yang sangat terharu. Bobby sempat membuat jenaka mengatakan ‘I don’t really know how to speak English’, tetapi dalam bahasa English. ????. Konsert berakhir dan dapat dilihat ramai berpuas hati dengan iKon Continue Tour Ini. Suara admin pun baru nak pulih semula sebab banyak sangat sing along dengan ikOn.

Terima Kasih MacpiePro kerana memilih #Daebaking untuk membuat liputan media konsert #ikonContinueTourInKL kali ini. Terima kasih juga kerana membawa iKon ke Malaysia.

Sape yang pergi?? Jom share best moment kat komen????????????

Kredit Foto : YG Entertainment.

Author: DaebaKing