Lee Min Ho dan Suzy Dilaporkan Bercinta Semula

Menurut laporan sebuah agensi berita di Korea, Lee Min Ho dan Suzy dilaporkan menjalin semula hubungan mereka setelah mengakui bahawa hubungan mereka telah berakhir pada November tahun 2017. Menurut laporan itu lagi, pasangan itu dikatakan berjumpa semula secara rahsia dan sedang hangat bercinta.

Mula bercinta sejak tahun 2015, Lee Min Ho dan Suzy menamatkan hubungan 2 tahun mereka pada tahun 2017 dan melaporkan bahawa sebab peribadi antara punca mereka menamatkan hubungan.

Gambar Lee Min Ho dan Suzy dating pada tahun 2015.
Sumber : Dispatch
Gambar Lee Min Ho dan Suzy dating pada tahun 2015.
Sumber : Dispatch

Lee Min Ho yang merupakan pelakon terkenal di Korea, mula dikenali setelah kejayaannya membawa watak Gu Jun Pyo dalam drama terkenal Boys Over Flower pada tahun 2009. Suzy yang merupakan bekas ahli kumpulan Miss A sememangnya terkenal sebagai “Face Of The Group” mula meraih perhatian setelah menceburi bidang lakonan dalam filem Architecture 101 pada tahun 2012.

Kedua-dua agensi artis berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan kebenaran isu tersebut.

Sumber : News 1 Korea

Author: DaebaKing