Home Entertainment Drama Doctor Cha – 11 Sikap Keprihatinan Dr Roy

Drama Doctor Cha – 11 Sikap Keprihatinan Dr Roy

0

Apakah 11 sebab yang membuatkan Dr Roy begitu prihatin terhadap Dr Cha dalam drama Doctor Cha?

Doctor Cha (Uhm Jung-hwa) dalam drama siri Doctor Cha adalah seorang suri rumah tangga biasa yang sangat setia mengabdikan diri kepada keluarganya.

Disebabkan Doctor Cha pernah menderita penyakit kronik, dia bertemu dengan Dr Roy Kim (Min Wook Hyuk) iaitu seorang doktor pakar bedah.

Rupanya-rupanya pertemuan antara Doctor Cha dan Dr Roy tidak terhenti sebagai hubungan antara doktor dan pesakit sahaja. Setelah sembuh dan mendapat penderma hati, Cha Jeong Suk bersemangat untuk meneruskan impiannya untuk menjadi seorang doktor dan Roy Kim menjadi salah seorang mentornya semasa dia menjadi doktor pelatih.

Watak Roy Kim yang kelihatan sangat prihatin dan penuh simpati terhadap Doctor Cha. Jom kita lihat kenapa Dr Roy Kim dianggap prihatin dan simpati kepada Dr Cha:

 

IMG 4906
1. Pertemuan pertama mereka tidak disengajakan ketika Cha Jeong Sik menolong seorang pesakit dalam sebuah bas, manakala Roy Kim membantunya ketika dalam ambulan

IMG 4893
2. Tak disangka-sangka mereka bertemu lagi sebagai doktor bedah dan pesakit, Cha Jeong Suk mengalami masalah penyakit hati yang kronik

IMG 4892 1
3. Sering bertemu, Roy Kim juga kadang-kadang terlanjur mengisi perbualannya dengan Cha Jeong Suk dengan topik-topik peribadi yang di luar bidang lingkup kerja mereka sebagai doktor

IMG 4908
4. Roy Kim menyaksikan kesabaran Cha Jeong Suk dalam menghadapi penyakitnya

IMG 4905
5. Roy Kim tahu, sewaktu sedang sakit Cha Jeong Suk masih lagi memikirkan tentang keperluan dan kebajikan keluarganya

b15be704 da4a 4ba5 af8f eb1fa99fe23f
6. Roy Kim juga melihat kesabaran Cha Jeong Suk ketika suami dan mertuanya menolak untuk mendermakan hati Seo In Ho (Kim Byung Chul) kepada Cha Jeong Suk

IMG 4909
7. Berjaya menerima penderma hati yang lain, Roy Kim bangga dengan semangat juang Cha Jeong Suk untuk sembuh

e47ea70b 3f17 4c52 b340 85a9260b78f9
8. Roy Kim semakin kagum melihat Cha Jeong Suk mula mengejar impiannya untuk menjadi doktor pelatih

d419e9fb a3f4 4711 92c7 1011fe510a5e
9. Roy Kim juga melihat perjuangan Cha Jeong Suk sebagai doktor pelatih tahun pertama yang mempunyai cabaran yang sangat sukar, lagi-lagi dengan statusnya iaitu seorang pesakit yang telah menjalani pemindahan organ

c82c0adb 1a4a 4aa5 ad28 3f28e459887e
10. Siapa sangka, Cha Jeong Suk akhirnya menjadi seorang doktor pelatih yang berprestasi baik dan membuatkan Roy Kim semakin bangga

IMG 4899 1
11. Lebih mengejutkan lagi, Roy Kim merasakan bahawa Cha Jeong suk adalah seorang rakan yang sangat selesa untuk dibawa berbual dan bersantai-santai bersama

IMG 4903Ketika melihat suami Cha Jeong Suk curang dengan wanita lain, Roy Kim turut merasa marah. Apakah yang akan terjadi dalam hubungan Roy Kim dengan Cha Jeong Suk selanjutnya? Kita nantikan bersama drama siri yang semakin menarik ini, Dr Cha setiap Sabtu dan Ahad hanya di Netflix!

Sementara itu jom kita berhibur dengan trailer episod 7:

Baca Lagi: 8 “J-Horror” Kultus Terbaik Sepanjang Zaman

Baca Juga: 5 Fakta Peribadi Min Woo Hyuk Atau Dr Roy